Monday, January 17, 2011

Biar kurus Jasmani, jangan kurus Rohani


"Kurus sangatlah kau ni, makan la banyak sikit", "Jangan tahan-tahan makan tu", " Kau ni dah setahun ke tak makan?" dan beberapa lagi sindiran yang saya terima sebab didakwa 'terlampau kurus'. 


Ya, mungkin dalam keluarga saya, termasuk keluarga besar, sayalah yang paling kecil dan kurus antara mereka. Namun bila sindiran-sindiran itu mula menyesakkan telinga, saya hanya buat endah tak endah sahaja kerana bagi saya, biarlah kurus mana pun jasmani ini, saya tidak mahu ianya sekurus rohani.


Bagaimana keadaannya apabila kita sudah makan dengan banyak, ingin menunaikan solat malam? Agak susah.


Mana mungkin setelah anda paksa perut anda berhempas pulas bekerja memproses makanan, dan kemudian beberapa jam selepasnya memaksa pula badan dan otak anda untuk bertahajud menghadap Yang Maha Kuasa?


Saudara dan saudari yang dikasihi Allah sekalian, pernah Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. diberikan sekeping roti oleh oleh anaknya, Fatimah r.a. Nabi mengambilnya seraya berkata: "Inilah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu."

Bayangkan saudara saudari sekalian, rasulullah tidak makan selama 3 hari. Kemudian, ada pula riwayat bahawa Abu Hurairah berkata, 


"Aku menemui Nabi S.A.W. ketika baginda sedang solat sambil duduk, lalu aku bertanya, 'Wahai rasulullah, aku melihatmu solat dalam keadaan duduk. Apa yang menimpamu?'


Baginda menjawab: 'Lapar, wahai Abu Hurairah'


Dan ada beberapa peristiwa lagi dari sirah Rasulullah yang menyebabkan kita berfikir, alangkah berbezanya antara corak hidup kita hari ini dengan corak hidup Rasulullah S.A.W. dan para sahabat di zaman itu.  


Kalian, apalah salahnya jika saya mahu merasakan sedikit daripada keperitan dan kepayahan rasulullah S.A.W. yang tidak ternilai perjuangan baginda dalam menegakkan syiar Islam? Salahkah saya ingin merasai keperitan orang yang miskin yang susah untuk mendapatkan sesuap nasi? 


Perlu kita ingat juga bahawa dengan makan secara berlebihanlah puncanya pelbagai penyakit kronik. Ya, Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah:
A168
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya (Al-Baqarah 2:176)


Tetapi perlu diingat, berlebihan itu memudharatkan. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...