Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya)”( Surah Al Baqarah : 272 )
Ayat diatas menerangkan bahawa ALLAH Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah ALLAH sahajalah yang dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, dari kemaksiatan kepada ketakwaan, dari kezaliman kepada keadilan, dari kegelapan kepada cahaya kebenaran dan dari kegelisahan kepada ketenangan jiwa.
Orang yang mendapat hidayah ALLAH tersebut akan segera merasa lega dan lapang dadanya apabila sesuatu musibah ditimpakan kepadanya. Sebaliknya orang yang tertutup pintu hatinya dari menerima hidayah ALLAH itu akan merasa cemas dan buntu dan cepat melatah sebagai balasan di atas penderhakaannya kepada ALLAH.
Hidayah itu ialah petunjuk yang dikurniakan ALLAH kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Hidayah itu ialah petunjuk yang dikurniakan ALLAH kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Betapa syumulnya agama Islam yang menganjurkan umatnya agar sentiasa memohon hidayah petunjuk daripada ALLAH ke arah jalan yang benar lebih-lebih lagi perjalanan hidup yang penuh berliku, semestinya ditempuhi oleh setiap insan menuntut sedikit sebanyak ketabahan, kesabaran dan pertolongan ALLAH agar dia berjaya dalam hidupnya. Oleh sebab itulah, Islam mensyariatkan amalan berdoa dan memohon petunjuk daripada ALLAH kepada setiap Muslim yang beriman kepada-Nya.
Perlu diinsafi juga bahawa hidayah petunjuk yang dianugerahkan ALLAH kepada seseorang manusia sebenarnya tidak boleh diukur berdasarkan kepada keadaan lahiriah semata-mata, sebaliknya ia amat bergantung kepada keimanan dan ketakwaan yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubari seseorang manusia.
Oleh yang demikian, kita tidak boleh menyangka bahawa orang yang selalu melakukan kejahatan itu susah untuk menerima kebenaran dan kesedaran serta tidak akan mendapat hidayah daripada ALLAH kerana hanya ALLAH sahaja yang berkuasa memberikan hidayah-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.
Oleh sebab itu jugalah kita tidak boleh meletakkan ‘title’ alim kepada sebarangan orang berdasarkan apa yang dilihat daripada luaran sahaja.
Dari sini, dapat disimpulkan bahawa hidayah petunjuk adalah di bawah bidang kuasa
ALLAH sahaja sehingga para nabi dan rasul sekalipun tidak mampu untuk memberi
hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ini kerana ALLAH menegaskan bahawa para nabi dan rasul diutuskan untuk menyampaikan berita gembira dan peringatan serta menyeru manusia ke jalan yang benar dengan izin-Nya.
Tentang mereka sama ada kelak akan menjadi orang yang memperolehi hidayah petunjuk atau tidak, Urusan tersebut terpulang kepada ALLAH semata-mata. Bagi para nabi dan rasul, tugasnya hanyalah menyampaikan sahaja kerana tidak ada siapa yang dapat memberi petunjuk melainkan Allah sahaja. Namun begitu, biarpun hidayah ALLAH itu menjadi milik mutlak ALLAH, namun kita hendaklah berusaha mencari hidayah kerana dengan hidayah sahaja jiwa dan hati kita akan menjadi hamba ALLAH yang dikasihi, tanpa hidayah seseorang itu ditakuti jauh daripada mendapat perhatian dan kasih ALLAH kerana Hidayah dan petunjuk ALLAH akan sentiasa mengiringi setiap langkah dan jalan yang diterokai oleh orang yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.
WALLAHU’ALAM

No comments:
Post a Comment