Mengapa berterima kasih pada seseorang itu sangat penting? Ia kerana anda menunjukkan rasa bersyukur kepada Allah. Rasulullah S.A.W pernah bersabda. "Orang yang tidak bersyukur kepada manusia bererti dia tidak bersyukur kepada Allah".
Saudara pembaca sekalian, Allah tidah menurunkan *rezeki terus dari langit, tetapi melalui medium-medium yang tidak kita jangkakan.
Rezeki, rezeki tidak semestinya berupa wang atau harta kekayaan mahupun anak semata-mata, rezeki itu subjektif, rezeki tidak terhad. Kemudahan urusan kerja seharian juga rezeki. Pertolongan dari orang lain, walaupun kecil, juga boleh dikira rezeki.
Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengasihani. Oleh yang demikian, bersyukurlah kepada manusia nescaya anda bersyukur kepada Allah Subhawata'ala. Maka, berterima kasihlah sesama manusia. Terkadang, kita tidak tahu betapa ucapan terima kasih itu sangat berharga buat seseorang.
Wahai ibu, wahai bapa, jangan terlalu ego untuk mengucapkan terima kasih kepada anak-anak walaupun anda bersyukur. Wahai anak, jangan terlalu memandangn enteng untuk berterima kasih kepada ibu bapa anda yang pada permikiran kamu, ianya tanggungjawab mereka. Wahai orang muda, jangan kamu memandang hina mereka yang digaji untuk membersihkan tempat kerja kamu, ucapkanlah terima kasih.

Mulai hari ini, ucapkanlah terima kasih kepada mereka yang telah membuat kebaikan kepada anda, ucapkannya dengan seikhlas hati.
Terima kasih kerana membaca. Terima kasih dari hati yang ikhlas.

