Showing posts with label permainan dunia. Show all posts
Showing posts with label permainan dunia. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Berhabuk!

Lately blog ni dah berhabuk dah disebabkan work flow yang congested dan memerlukan full throttle yang menjadikan saya tidak berkesempatan untuk memasukkan new entry. Anyway, dah ada masa yang sedikit ni saya nak kongsi apa yang saya dah baca tadi. Sangat menarik perhatian untuk dibuat peringatan dan renungan.
A020
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. 
A021
Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar
Surah Al Hadiid (57:20 & 21)


Saddaqallahul 'azim..
Renung-renungkan dan selamat beramal..




Ps: Next entry will be coming soon, hopefully in the nearest time. So much in my brain that I want to spit it all out but seems like time is envy with me. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...