Showing posts with label musibah. Show all posts
Showing posts with label musibah. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Nikmat Atau Musibah Tetap Dikira Nikmat



A027

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata"


Ulasan ayat:


Sesungguhnya di dalam setiap nikmat duniawi itu terkandung suatu bencana sekalipun ianya dihiaskan dengan rupa yang begitu indah dan mempersonakan bagi setiap manusia. Kita seringkali alpa dengan nikmat yang Allah kurniakan pada kita hingga kita bangga diri dan lupa pada-Nya.


Kita perlu ingat bahawa nikmat dan kurniaan Allah terhadap hamba-hambaNya adalah sebagai satu anugerah yang wajib disyukuri, sekalipun nikmat tersebut akan berubah menjadi suatu musibah, ianya wajib disyukuri. Sebagai contoh, seseorang yang dalam kemiskinan dan kesakitan, mungkin itu lebih baik untuk dirinya daripada ia dikurniakan kesihatan, kerana barangkali jika kemewahan dan kesihatan diberikan kepadanya, maka dia akan membuat kederhakaan dan penyelewenagn daripada batas agama.


Jika dipandang daripada sudut zahir, sesuatu yang ditarik daripada nikmat, ia akan dianggap kesusahan, manakala nikmat yang dihamparkan ianya dianggap sebagai anugerah terbaik, sedangkan kedua-dua keadaan tersebut itu, samada baik ataupun buruk dikira sebagai NIKMAT, jika keduanya tidak disyukuri maka manusia akan menyalahi nikmat dengan melampaui segala batasan yang telah dianugerahkan kepadanya.


Seharusnya kita sebagai hamba, hendaklah pandai mengurus nikmat yang dianugerahkan kepada kita. Disamping itu, kita diajar agar sentiasa merasa cukup dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita daripada nikmat ataupun sebaliknya agar kita sentiasa berada di dalam batasan dan landasan yang benar.

Wallahu'alam...

Entry kali ini dalam bahasa melayu dimana kandungannya adalah sumbangan dari sahabat saya.
Terima kasih En. F****i  =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...