Persiapan apa? Bersiap ke mana? Persiapan nak kahwin ke? Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Ya, dengan usia yang sebegini muda, banyak juga perancangan dan persiapan nak dibuat, nak beli kereta, nak beli rumah, nak kahwin, nak melancong ke sana sini, tapi ramai yang lupa tentang persiapan untuk mati. Mungkin ramai yang akan cakap "tak mungkin aku mati awal/muda" atau pun, "relax lah, 'malam' masih muda".. Tapi siapa yang boleh jamin akan terus hidup esok lusa?
Firman Allah dalam surah Az-Zumar(39:30)
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati

Sudah bersediakah kita untuk mati? Semua orang tahu bahawa mati itu pasti. Ramai yang tidak sedar bahawa mati itu bukan mudah, yang mereka tahu mengahbiskan usia muda dengan perkara yang seronok pada zahirnya tetapi apa yang mereka tidak tahu ialah azab Allah itu sangat berat dan azab Allah itu adalah pasti.
Bukanlah tujuan saya menulis entri ini untuk menyatakan yang saya sudah cukup bagus untuk mati, tapi sebagai peringatan kepada diri yang kerdil dan juga kepada anda semua.


Kalaulah boleh kita lihat banyak mana pahala dan dosa kita macam tengok akaun dalam bank, mungkin mudah untuk kita anggar dan congak nasib kita diakhirat kelak. Namun, Allah itu Maha Mengetahui, saya rasa lebih elok jika amalan-amalan kita hanya Dia sahaja yang tahu supaya tidaklah kita bermegah-megah dengan amalan yang telah kita kerjakan. Dan Allah itu Maha Bijaksana, ilmuNya sangat luas dan menyeluruh, kita tidak mungkin tahu bagaimana caranya Dia mengadili hamba-hambaNya, tak tercapai akal fikiran kita untuk menggambarkannya.
Beberapa bulan lepas, saya membaca buku yang bagus kandungannya, Rahsia Air Mata Khusyuk, buku yang menyingkap rahsia untuk khusyuk bukan sahaja menghadap Allah malah boleh mendekatkan kita kepada yang Maha Mencipta, insya Allah. Saya rasa buku ini serba sedikit dapat membimbing kita kearah tujuan hidup yang lebih tersusun dan mendekatkan kepada Al-Khalik. Mungkin anda boleh juga manfaatkannya untuk menghadapi hari yang pasti. (Maybe you'll find this book not related to the topic but somehow when you think deep and thoroughly, you'll find it's connected. Think!)
Wallahu'alam..
Lets remind each other~

