Mendapat keampunan dari Allah, hilang dosa-dosa seperti baru dilahirkan.
Fadhilat Solat Tarawikh Malam Kedua:
Diampunkan dosanya serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka beriman).
Fadhilat Solat Tarawikh Malam Ketiga
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya meneruskan sembahyang Tarawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosanya.
Fadhilat Solat Tarawikh Malam Keempat
Mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Fadhilat Solat Tarawikh Malam Kelima:
Diberikan pahala sempurna ia mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
![]() |
| Masjidil Haram |
![]() |
| Masjid Madinah (Pandangan pada waktu malam) |
| Masjid al-Aqsa |
Fadhilat Solat Tarawikh Malam Keenam:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf) serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan sepaya Allah mengampunkan dosa-dosanya.
Fadhilat Solat Tarawikh Malam Ketujuh:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s. serta menolong Nabi musa a.s. menentang musuhnya Firaun dan Hammam.
Fadhilat Solat Tarawikh Malam Kelapan:
Allah mengurniakan pahala sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim a.s.
Fadhilat Solat Tarawikh Malam Kesembilan:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadah hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Masha Allah =')


